Friday, November 26, 2010

Colorful Rainbow

Dear Bloggie,

Alhamdulillah~ After 1 week out of town, arrived safely at State College. Owh~rasa xready nak mula class lagi....Haish! Just 2 weeks to go before final and I'm done for Fall semester. Cool~Cool~ Let's enjoy this final Fall semester....(*-*,) ---> Owh~xrelanye saye nak warm up 1st day after break dengan presentation vaccine for animal cell culture course.Erghh~blurrrr~!

Owh yea, Thanksgiving kali ni,.saya dah rakan2 perempuan saya telah bersepakat untuk pusing2 New Hampshire - Massachusetts - Connecticut - New York - New Jersey - Lancester, PA . Tetapi,..New York terpaksa di'skip' and kami hanya jalan2 di New Jersey kerana masing2 sudah xlarat n weather pun xberapa nak lawa since bangun pagi2 tiba2 snow shower~ Hurm,..nampaknya impian zaman kanak-kanak saya untuk ambil gambar menjulang tangan macam patung, di depan Statue of Liberty , sambil memakai baju "I love NY" terpaksa di'postpone' lagi...owh sedihnye. Hurm,.xpe la. Mungkin bukan rezeki kite kali ni. Lain kali kite pegi lagi ye  =) <memujuk hati sendiri..huhuhu!> P/s : Sakinah Abas, Aimie, Bashira, Mirae, Raybeat, Mard : thanks for an awesome sweet girls escape!

Anyway, when I was in Lancester waiting for my friends lepak dalam Starbuck kehausan xkeluar2 lagi tu, mate yang kebosanan ni pun melilau2 and ter'bump' into this so nice yet meaningful phrase. I just looooove this! So, let's take a pic of........this :
 


- Starbuck -


Dulu mase saya kerja bakery, pak cik ni kate snowflakes tu cantik..Bentuk dia unik! Lalu berbisik dalam hati "snow ade shape ke?Selame tengok snow ni xperasan pun....nampak macam serpihan ais kacang je" . Nak dijadikan cerita, satu hari ketika pulang beli ayam dari International Market, saje la jalan kaki ~25min ke rumah sambil layan jiwa tengok snow yang lebat....Tiba-tiba mate tertumpu ke bahu kiri dan terlihat ade serpihan snow yang saaaaaaaangat cantik! Susah nak describe macam mane bentuk die. Memang same macam kat cartun tu. Ala-ala macam ni.....

ini saya curi ambil kat google image...
Hah!sebijik macam ni~dah la tu besarrrr! Maksud saya,.hurm,..besar die ade la separuh size 5 sen..heheheee! Eh ok ape..sebab selalu kecik lagi,..heee! So, saya sangat excited! Since xbawak hp and xde camera mase tu,...saya tetap menyimpan harapan semoga ia xcaer sampai la saya sampai rumah sebab saya nak ambil gamba snowflakes ni sbb cantik sangat n susah nak nampak snowflakes! Tapi,...bile sampai rumah,..masuk je, terus caer..Padahal saya rase rumah saya pun sejuk macam igloo. Sedih sangat...jadi saya berharap winter kali ni saya berpeluang tengok snowflakes lagi. And kali ni saya akan bawa camera ke mane2 so that kalau snowflakes melekat, saya boleh la ambil gambar die buat kenang-kenangan~(^-^,)

Hurm, bercakap tentang kawan2 ni,.kalau kita tengok sekeliling kita, macam-macam ragam kan? Dunia per'kawan'an saya penuh warna warni, and i bet you too... Ade kawan yang lembut lemah gemalai sampai kadang2 saya rasa alahaii~~~*dush! Ade kawan yang nampak macam garang tapi bila kenal owh langsung xsame dengan appearance luarnya. Ade pulak tu yang depan pijak semut xmati tapi belakang mak aih~~~ Jerangkung dalam almari? Owh itu sangat bahaya. Tapi,..kita ni manusia biase. Tiada kelayakan untuk melihat mahupun menilai hati budi..Cuma yang pasti, kena sentiasa berhati-hati. Minta dijauhkan dengan jerangkung dalam almari.

Ibu saya sentiasa berpesan, berbuat baek sesama kawan. Biar orang buat kita tapi kita, jangan sesekali terlintas mahu membalas dendam. Jangan juga cepat membuat penilaian jika apa yang dilihat mahupun didengar dari si 'penyampai-penyampai' yang dengan sesuka hati membuat konklusi mengenai orang sekeliling. Selalu berpesan pada hati, sabarlah hati...Adat berkawan memang begitu. Sedangkan lidah lagi tergigit..Tiada manusia sempurna. Give and take itu perlu....Mungkin ada silap sendiri lalu Allah beri ujian sebegitu. 

Tapi, saya masih bersyukur dikurniakan ramai kawan yang sentiasa berada disisi. Tatkala memerlukan teman berkongsi isi hati, meminjamkan bahu dan telinga untuk sentiasa menemani diri...Tak pernah sedikit pun mereka mengeluh, mengeji, malah sentiasa berada di sisi untuk terus berkongsi, dan memberi semangat. Inilah teman sejati. Alhamdulillah~ Semoga mereka sentiasa diberkati, berada di bawah lindungan Illahi,...dan menemani saya juga. Hihihi~ ('-^,)

Berkawan dengan ramai orang secara xlangsung menyajikan saya dengan pelbagai ragam. Mungkin ini yang dikatakan hitam putih kehidupan...bagi saya, sekali saya berkawan selamanya akan berkawan. Kerana friendship itu sendiri sangat suci untuk dicemari dengan 'duri-duri' buatan sendiri... Walau apapun, saya berterima kasih dengan kawan-kawan yang pernah hadir mewarnai kehidupan saya hingga saat ini. Tanpa kalian, hidup saya pasti gloomy...Tapi yang pasti, itu  xpernah terjadi. Walau apa pun warna yang tercalit di kanvas, hingga hari ini saya masih menghargai dan terima kasih kerana membuatkan hidup saya penuh warna-warni! Macam pelangi~


Ikhlas dari hati,
(^-^,)
 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger