Monday, January 24, 2011

Aaron, Isteri, & Orang Gaji...

Dear Bloggie,
Rase envy dengan bini Aaron Aziz, Puan Diana. Oh, laki die panggil Aaron je, bini die tibe-tibe ade 'Puan' kat depan tuh. Hahaha~--->Orang jeles memang la macam ni. Aaron Aziz, kenape anda sangat kacak lagi adorable?? Yu tahu tak, ai kecewe bile tahu yu dah kawen. (Bila mood gedik on tibe-tibe nak jadi Ai ~ tak tahu la kenape ) . Tapi, ai lagi kecewe bile tahu yu dah ade anak 2. Oh~ai rase macam nak nangis air mate darah............Oh Aaron Aziz, yu sangat family man. Ai suke, family man sangat responsible. Yu selalu cakap pasal isteri and anak-anak yu in public. Kalau bergamba, yu mesti peluk isteri yu. Oh ai kecewe lagi (t_______t)! ----> Jeles jeles! 

Hahaha!Hoiii Elin hoiiii~Aaron tu kenal kau pun tak occay. Sila berpijak di bumi yang nyata. Fine~fine~saya masih waras lagi ye. Tak ade hati pun la nak caras boypreng orang, inikan lagi laki orang merangkap bapak orang (Hey, Ai ade laki sendiri okay~err....bakal laki boleh?Ngehngehngeh~). Cisss~mintak simpang..Rilex Puan Diana, cool~cool~ Bersuamikan lelaki kacak harus la expect outcome sebegini rupa kan? Mintak maap sembah ratu (ni Kak Senduk ajar). Ngeh ngeh ngeh~ ('-^,)

Ai ni bukannye ape...Biase la kan, bila takdek keje, or pretend xde keje, mula la bukak muka buku (ceh~padahal memang xpernah log out pun..hahaha!)~ Belek punya belek punya belek muka buku tu tibe-tibe ternampak la si Aaron kacak ni baru upload gambar die dengan bini dia Puan Diana tu.. Seronok okay tengok gamba diorang, sweet sangat! One thing Aaron ni sangat utamakan family dia. Selalu cakap pasal keluarga dia, pasal anak-anak dia. Kalau kena interview dengan selebriti perempuan yang kadang-kadang miang keladi, die selalu cakap "I dah kahwin, I ade isteri and I sayang isteri I". Kalau ai la jadi selebriti tu, mesti ai macam "Wateva~" (dengan biji mata pusing2 tak puas ati buat muka kerek)---> Sebab macam tak puas hati kan Aaron tak layan. Tapi kalau jadi bini die, mesti macam  "Awwww~I terharu bang~" Hahaha! 

Haish~bile cakap pasal laki bini ni kan sebananye ai geram la sebab ai selalu tengok orang-orang kat luar tu, kalau belum kawen komaen nak pegang sane nak pegang sini. Lepas tu bila dah kawen molek-molek dah boleh pegang, tak nak la pulak pegang kan??! Jalan sebatu kat depan tinggal bini kat belakang. Kesian la si bini tertinggal sorang-sorang sambil kutip anak-anak yang bertempiaran tu. Sedih okay sedih~ Lepas tu dari panggil loving-loving jadi 'ibu' la bagai~ Wth?? Ai lagi tak paham kenape lepas kawen, especially selalu lepas dah ade anak, mula dah nak bahasekan isteri as 'orang rumah' depan kawan-kawan dia?---> Ini ai sangat pantang. Ape ingat isteri tu servant ke ape? Memang la isteri kena serve suami tapi bukan la macam orang gaji.. Yes, orang memang la paham bile yu panggil bini yu as orang rumah memang la itu merujuk kat bini yu. Tapi, yu ade tak fikir ape perasaan bini yu bile die dengar suami die panggil die 'orang rumah'?? Kalau isteri yu tu baek tak memberontak pun, I bet yu laaaa dalam hati die mesti ade tak banyak pun sikitttttt la keccciiiiiikkkk ati... 


Isteri yang yu panggil orang rumah tu la yang melayan makan pakai yu ye encik abang,.isteri yu jugak yang melayan karenah yu yang macam-macam, yang bertarung nyawa lahirkan anak untuk yu,..tak boleh ke yu as a husband, appreciate sikit pengorbanan isteri yu tu dengan panggil die yang manis-manis?? Kenape perlu bertukar bila dah ade anak? Senang kot nak amik hati perempuan. Lelaki selalu nak pikir benda2 major nak hepikan perempuan. Bukan macama tu la bukannnn~Salah konsep tuh. Tak perlu nak melabur susah-susah nak pikir beli banglo sebijik bagai~ Tak payah sesusah tu nak lembutkan hati perempuan. Bende2 se'simple' panggilan pun dah boleh buat perempuan caer kot. Bende simple kot,..Nabi Muhammad sendiri panggil Aisyah dengan panggilan manje 'Humairah' sebab pipi Aisyah cam blushing kemerah-merahan kan? Ohooo~tang poligami semua nak ikut sunnah Nabi, walaupun majoriti tu xlayak pun. Tapi tang yang patut ikut tak nak pulak uolls ikut...Panggil 'oi,..', 'maknye' ??? Tembak kang tahu la... 

Ai emosi ok, bila tengok kaum-kaum ibu jadi mangse emotionally,verbally & mentally abused nih. Ai memang la tak de experience lagik. Tapi, ai ade banyak reference kat tepi-tepi ni ha~ Ai kesian tengok ibu-ibu mahupun isteri-isteri yang kecik ati sebab bende kecik macam nih. Alahai lelaki oi,.xsusah pun nak amik hati. Bagi ayat manis sudah la~ Hilang terus penat isteri uruskan rumahtangga kalau suami bagi kate-kate 'indah' macam tuh. Panggil la isteri-isteri anda panggilan yang sedap-sedap. Mane tahu esok balik rumah tibe-tibe ade kek coklat atas meja. Tak rugi pun berbudi bahase dengan isteri nih. Dapat pahale banyak lagi tahu? Pahale terpijak pun tak nak ke....

Eh penat pulak membebel malam-malam sorang2. Tengok gambar Aaron pun boleh merapu-meraban beribu batu. Hey Aaron, see? sebab yu, ai tak jadi dah nak bace journal pasal plant biotech nih. Terbabas buat entry pulak. Nak balik ke pangkal jalan la. Sebenanye xde mood dah nak type nih. Power supply laptop tua lagi semput ni kejap detect kejap lesap.... Oit lappy oit~boleh tak jangan buat hal time-time takde dwet ni?? Saba laaa,..nanti bila scholar dah masuk baru lah demam. Penat la nak adjust wayar2 bagai hape nih. Masuk stor terus kang tahu la.....Angkat MacBook Pro la camnih. Charger pun xberat. Cehhhh~~~Banyak la pulak dwet kan? Dwet kontena pun xcover lagi ni ade hati nak spend kat tempat laen.Dah dah lupekannnn~~~~

Orang mamai mula merapu,
(*-*,)
 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger