Monday, December 27, 2010

Dont Blame Gravity for Falling in Love

Dear Bloggie,


Since saya peminat Melly, saje je nak tampal lagu Pujaanku ni kat sini~hehehe! Owh, ini my most favorite romantic song ever~Kalau dengar mesti rase macam ouchh! Saya suka la sebab lirik die cantik,kan? Ape,..xsuke??xsuke sudah~saya suka! lepas tu rasa berbunga je dalam hati. Cehh~feeling lebih..Hihihi~(^_^)

How u define love? Kalau mandi x basah ke? Kalau makan x kenyang?Kalau tidur x lena?Kalau jumpa dup-dap-dup-dap? --> Chiche sangat kan?(^_^) Bagi saya love sangat abstract. You wont even notice when you fall in love. It just like popping up suddenly then you wake up and realize and feel like it's heaven here on earth and then you know that you're falling in love. And dont even ask something like "kenape kau suke die eh? macam mane kau tahu kau sayang die?" because you know what? love is just love and people in real love dont have a reason to fall in love. Definisi cinta bagi saya ialah melengkapi. Melengkapi in a way that si dia memenuhi sisi kekurangan diri saya, dan mungkin saya menyempurnakan kekurangan si dia,.saya rasa itu dah cukup perfect dah. Yang pasti, cukup la kiranya si dia menerima diri saya seadanya, kekurangan dan kelebihan saya, menerima keluarga saya, dapat membimbing saya ke jalan yang benar, then I wont ask for more...

Lately ni saya disajikan dengan pelbagai jenis masalah cinta. Tapi kisah yang nak dikongsi hari ni, kisah Cinta Tiga Segi. Kadang2 kalau telebih hot,.or even ramai sangat nak join the club jadi la cinta 4 segi, cinta 5 segi... Ehhh, ini serius okay. Well~kawan2 saya kan lawa-lawa. Jadi banyak la segi-segi kisah cinta mereka. No offense~Hahaha(^_^) Cinta 3 segi ni biase la, contohnye laa..si A dengan B, tapi tibe-tibe datang C (ni orang ke-3 ni,...jahat ni jahat~). Boleh jugak jadi,si A nak kat B (dah declare ni), tapi B nak kat C... camane?? haa,.ni masalah name die ye kawan-kawan. Saya rasa kebanyakan kes putus cinta ni selalunye melibatkan kes camni la, kes orang ke-3, kes cinta 3 segi.

Lepas tu dah pening nak pilih yang mane satu.....

Saya selalu dengar susah kalau xde pilihan, tapi kes macam ni terlebih pilihan pun susah jugak bunyiknye kan? Pernah dengar kata-kata ini--> "Terimalah seseorang yang mencintai kamu kerana sudah pasti kamu berada dalam hatinya, daripada mengejar orang yang kamu cintai kerana untuk dicintai orang yang kamu cintai,.Itu amat sukar dan belum tentu kamu akan dapat menakluk hatinya dan terus berada di dalamnya"-->something like this? Jadi, think wisely. Lebih-lebih untuk perempuan. Sebab saya pernah bersembang dengan rakan-rakan lelaki, dan saya agree tentang apa yang mereka katakan. In general, x apply untuk semua orang,..ini cuma secara rawak,..lelaki (yang normal, bukan kasanova mahupun player dan yg sewaktu dengannya) sukar untuk jatuh cinta kepada perempuan yang menagih kasihnya, tetapi,.hal yang sebaliknya terjadi untuk perempuan. Perempuan senang untuk jatuh cinta dengan lelaki yg menyimpan hati padanya kalau kena dengan caranya. Tetapi bagi lelaki, biasanya susah untuk dipengaruhi. Lelaki sejati biasanya hanya menurut kehendak hatinya sendiri, dan amat sukar untuk dipengaruhi. Jadi, untuk lelaki harapan untuk mendapat wanita dambaan tidak sesukar wanita untuk grab lelaki idaman. Eh, boleh dapat ke ape yang saya cakap ni?(^-^,)

Sebenarnya tak susah nak tahu yang mane satu awak boleh go on... Let's do comparison. Di hadapan si A, kamu sentiase mahu tampil lawa, xboleh comot2 sebab takut nanti dia xsuka. Sentiasa nak jadi perfectionist. Memang xsalah nak lawa-lawa selalu, biase la...tapi, ia jadi pelik bila kamu jadi freak out, takut kalau2 terkantoi pape yang xmanis depan dia. Awak xboleh ketawa dengan selesa depan dia, or awak sentiasa rase si dia x suit dengan awak in some ways. Ade je point yg x kena. Mungkin xgado pun tapi just something wrong yang awak pun xboleh nak express@nak cakap depan dia.  I'll just conclude this, you cant be yourself in front her/him. Saya xcakap awak TAKNAK jadi diri awak, mungkin awak dah cuba, tapi just awak TAKBOLEH nak transparent depan die. Dont blame yourself, sebab awak xsalah..cuma, the fact is mungkin kamu x ditakdirkan bersama, sebab chemistry tu xwujud. Well~it just my opinion =)

And the worst is, walau macam mane bahagia kamu dengan dia, mungkin xpernah bertikam lidah, and orang sekeliling sangat suka tengok kamu berdua, macam loving couple,..tapi jauh di sudut hati kamu, kamu ade instinct yang walau berapa lame hubungan kalian, akan tiba satu masa,...you guys will separate. Mungkin bukan sebab orang ke-3, atau apa-apa, just you two xboleh nak get together sampai bila-bila. Instinct ni selalunya ada kat perempuan. Saya pernah terbaca satu article coretan ustaz mane ntah xpasti, stated something like this, "Allah itu maha adil. Di berinya lelaki kebebasan berkahwin 4, tetapi diberi wanita naluri hati yang kuat dan selalunya tepat..." Eh, tapi jangan la pecaye sgt dengan instinct kite ni, yela, tepi2 kite ni banyak makhluk2 yang xsenang dengan kebahagiaan anak Adam. Jangan pulak terlalu cemburu, nanti jadi suspicious, sikit2 pun nak 'tembak' je,....Pastu gado gado gado, memang la separate last2.. Sape tahan macam tu.....Kan?Hurm.......(~_~)

Di depan orang yang mungkin sesuai untuk kamu pulak, selalunya kamu rasa sangat selesa bersama dia. Mungkin kamu boleh gelak ketawa tanpa cover, boleh berkongsi semua masalah bersama, masalah yang mungkin amat sulit kamu rasa, tapi kamu free je nak share ngn dia sebab kamu tahu lepas tu kamu akan release~ Mungkin ada benda yang xperlu kamu lafazkan untuk beritahu dia tapi dia sendiri sudah faham. Macam orang kate, terlintas je kat hati, xsempat diluah pun lagi tapi dia dah tahu.. Or mungkin kamu pernah menangis depan dia tanpa rasa segan, makan pakai tangan dan kemudian tambah 3 pinggan tanpa feeling macam2? Or even sendawa dan macam2 lagi tanpa rasa segan silu or even disgusting sebab u just rase itu normal dan xde perasaan?Dan dia pun xde ungkit2 sebab die pun rasa itu biasa so u pun xmalu dah pastu..Dan kamu boleh xmandi bape hari lepas tu rela menghadapkan muka comot tu depan dia sebab kamu rase kamu lawa je and die pun okay je xbyk bunyik siap kate kamu wangi (ok, ini sangat tipu..haha!)??-->tapi,...Yeah!!Mungkin ini yang kita cari! Mungkin ini belahan jiwa awak? (Suke hati kau je kan elin nk buat conclusion??hahaha!) 

Tapi kamu kena faham, ini bukan bermaksud pilihan kamu tu pilih je secara rawak,..bukan bukan bukan~kerana saya rasa 'perkawanan' tu untuk perkahwinan kan? Jadi, pilihlah pasangan yang boleh dijadikan suami/isteri kerana perkahwinan tu bukan bersifat sementara, tapi selamanya. Kalau wanita, pilihlah seorang lelaki yang kamu boleh rely on, yang kamu boleh selesa at the same time kamu boleh respect dia.. Give and take tu bende biasa, jangan nak ikut kepala sendiri,.kena sentiasa consider others... 

Petikan hadith, “Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, iaitu kerana kekayaan, keturunan, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal agamanya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu…” 

Sabda Rasulullah S.A.W, “Jika seseorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha (berpuas hati) agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Sekiranya tidak, maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang besar ” 

Kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami, sebaiknya dinilai dari agama dan akhlaknya untuk kekal di dunia & akhirat, juga aspek harta, rupa paras, umur, pangkat dan kedudukan, penting untuk duniawi. Undeniably, zaman kini aspek material harus di'consider'kan tapi, jangan jadikan aspek material cabang utama kerana pemilihan seorang suami sama macam pilih isteri, which is pilih lah yang soleh. Sebab perkahwinan itu sendiri membuka pintu rezeki Insyaallah,...


Firman Allah dalam surah An-Nur, ayat 32 yang bermaksud:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.

Eh cakap panjang-panjang ni dah macam syarahan pulak. Hihihi~Okaylah, sum up balik :
  • Pilih lah yang kamu selesa bersama, yang dalam hati kamu tahu kamu boleh rely kat dia dan kamu 'transparent' depan dia tanpa dipaksa
  • Pilih orang yg sayangkan kamu, ikhlas akan terpancar kat muka dia..Saya rasa xsusah nak differentiate ayat2 en.kasanova~ kamu kan, wanita pintar =) [sayang tu mungkin boleh try di'develop' lepas tu, jgn terlalu bulatkan hati & setkan mind yg kamu mmg xblh suke die sbb kamu nak jugak keja si Abu pujaan kamu tu,..belajar sayangkn dia, tapi kalau memang xboleh,..tolak dengan lembut,mungkin ada yang lebih baek menanti di depan sana]
  • Faktor2 laen tu common sense la...boleh tambah sendiri dalam list kamu ya!
P/s: Kalau dapat stok muka Fahrin Ahmad or Hans Isaac, itu kira bonus!Hahaha!Eh, xnak la...raja air mata, xmacho la...hihihi~!

Love mode turned ON,
(*-*,)


 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger