Friday, February 25, 2011

Miss You & Me Together

Dear Bloggie,



In less than 100days kita jumpa ya...

After almost 1 year, terasa macam 1st date balik je.

Tiap kali balik pun rasa macam ni. Macam ape je. Eh, malu la ^_^

Lame tak nampak, agak2 kamu dah gemok ke, dah kurus ye?

Makin comot ke, makin comel ke...Eh tak2. Macam biasalah mesti saya lagi comel kan?

Kamu tunggu ye. Duduk sane elok2, jangan nakal2. Kerja baek2. Saya dah nak balik ni. Tak lama, sekejaaaap je lagi. Sabar ye...Lepas ni semuanya akan jadi macam biasa.

Saya rindu awak, awak rindu saya tak?
\\(*-*,)//

Mind your Manners, Behave Yourself

Dear Bloggie,
Saya selalu ingatkan diri sendiri. Hidup bermasyarakat haruslah mengikut norma. Sesuaikan perilaku mengikut masa, tempat dan suasana. Kita tak boleh nak expect semua orang boleh terima bait2 kata, bahasa2 tubuh yang kita gunakan. Lagi2 bila jumpa first time, tak boleh la nak budget macam dah kenal berpuluh tahun so that boleh hu ha sesuka hati anda and boleh cakap pun suka hati. Orang yg kita tak kenal @ kenal on the surface, tend to make 1st impression based on ape yg diorang nampak which is memang tak boleh nak blame la coz people do judge a book by its cover since that's the only thing can be seen. Tak boleh la nak expect tak kenal maka tak cinta, not applicable langsung in public. 

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau sila la mengaum ya. Kadang2 manusia ni dah la baru kenal, baru hi2... Pastu tibe2 keluar "Kepale otak kau!" ---> Hello?! Ok fine, kalau bercakap dengan kawan2 anda sila la pakai ape bahase pun. Tapi kalau bercakap dengan saya, please... Ye, saya mengaku saya budak skema. Pernah bercakap dengan budak skema? Tipu tak penah. Once in a lifetime mesti ade punye la. Tapi kalau takde pengalaman deal dengan budak skema, yg ayat budget sopan habis, mari saya ajar. At least kalau jumpa bakal mak mertua, you tahu macam mana nak jaga mulut.  

Saya ni pun xde la sopan sangat, tapi agak2 la babe. Banyak lagi ayat elok2 & manis2 boleh pakai, perlu ke nak pakai bahasa kesat yang tak nice langsung kat telinga? Kalau nak jugak bermulut laser tibe2, mencarut, or even cakap bahasa yang tak berapa nak sedap didengar, boleh bercakap dengan orang laen. Bukan dengan saya. "Weh~" pun saya dah rasa pelik, sebab ibu&ayah saya tak pernah ajar saya panggil orang dengan "Weh!"--> Sorry to say but it sounds so rude. Semua orang ada nama. Nama pun ada maksud yang baik2 so panggil je dengan nama yang baik, sambil2 tu boleh doakan dia. Kata2 tu kan satu doa, panggilan pun sama la. Kan? =) 

Wednesday, February 23, 2011

~ Kepochi ~

Dear Bloggie,
Pot pet pot pet pot pet... Banyaknye mulut tepi-tepi kite ni kan? Bila semua orang nak amik berat, mula la rase 'sangat disayangi'. Owh please~jangan buat saya rasa macam ni ya! (^_^)

Situasi No.1 : Single
Pemangsa  : " Umur dah senja, bf xde? Aih~sorang sampai ke tua lah kau..."
Mangsa      : "$#@%&!"

Situasi No.2 : In a Relationship
Pemangsa  : " Bercinta betaun dah, bila nak kawen?? "
Mangsa      : " Bila dah sampai seru

Situasi No.3 : Just Married
Pemangsa  : " Bila nak 'berisi' ? "
Mangsa      : " Belum ada rezeki mak cik..."

Situasi No.4 : Be a Mother
Pemangsa  : " Satu je? Bila nak tambah?? Nanti tua susah~"
Mangsa      : Adoi la.....

See?? Manusia memang macam tu. Banyak pulak bunyik. Bagi sebijik kang, lari sebatu. Tanya la mak cik oii~tanye la selagi boleh.... Asalkan jangan tanya, "Bila laki hang nak tambah cawangan?"--> Ni memang nak kena siku. 

Let's pekakkan telinga butakan mata,
(~_~)

Tuesday, February 22, 2011

U've Made My Day

Dear Bloggie,

Semakin hari semakin busy. Fuh..fuhhh..fuhhh~ *sambil tiup2 habuk kat sini * (^_^)

Memang indah sangat hari bila bangun pagi siap-siap nak pegi class, sedang ambil kasut nak sarung, tiba2 ....

Knock~knock~

Mr.Postman : "I've a parcel for you.. You may sign here."
Me                 : "Thanx! Have a good day~"


Seriously tekejut tapi sangat happy! So I was like senyum sampai ke telinga dari pagi sampai ke petang~ *senyum senyum senyum senyuuummmmmm~" =D

Thank you Love,
(*-*,)

Wednesday, February 16, 2011

Midnight Blues

Dear Bloggie,



A song that reminds me a lot of the loved one... Hey, bila nak main gitar while singing malam2 buta till I sleep? Really miss that moments...It has been quite a long time we dont see each other. I miss you...

Sleep in memory,
(*-*,)

Tuesday, February 15, 2011

Symptom Pre-grad

Dear Bloggie,
Study tinggal bape bulan je lagi... Commencement Day pun dah tahu on May 14th.. Commencement gown pun dah beli, cuma belum  gantung je. Tapi yang x syok tu, semangat nak study pun dah pegi...Semangat, mane kau semangat~mane mane??!!! (~_~)

Lately ni mengalami pelbagai symptom pelik-lagi-tak-memberangsangkan, seperti :
  • Malas nak study ---> Dalam hati macam rase "I'm done already!"
  • Happy & excited tapi risau ape nak buat lepas grad.. Mula pk pasal kerja, etc etc etc.....
  • Xsabar nak jumpa family, nak balik umah... Tapi sedih nak tinggalkan kawan2 PennState. Mesti lepas ni kite dah jarang jumpa kan?Masing2 mesti busy & ada komitmen sendiri.....
  • Xsabar nak balik Malaysia. Jiwa dah sampai sana cuma jasad je tinggal lagi kat sini... Tapi nanti mesti rindu USA... Alangkan balik Summer sekejap pun dah rindu College Pizza, inikan lagi balik for good = (
  • Nak balik banyak pulak nak pakai duit.... Duit rumah tetap on untuk bulan jun, july, n Ogos tapi by that time dah balik Malaysia... Haii~terbang $1000... Duit kontena lagi,.Oh duit oh duit...Nanti nak cari kerja, itu ini lagi, pakai duit lagi..Pusinggg~..(-_-)
Macam-macam benda fikir... Eh, sebenarnya saya kat computer lab ni. Tunggu turn nak masuk exam Bio Science pkul 5pm nanti. 1 more hour to go. Tapi xde hati pun nak bace materials... Ish xsenonoh la kau ni Lin...

Jom sambung study,
(@_@)

Sunday, February 13, 2011

Wishlist! (Hm,.setakat ni)

Dear Bloggie,
Saya selalu terfikir alangkah bagusnya kalau ada poket Doraemon, boleh la saya mintak apa-apa suka hati je.. Tapi mesti lagi best kalau saya ada duit berjuta-juta lemon, boleh beli macam2! Boleh la satisfy my needs  nafsu. Urgghh~! Owh nafsu, kenape lah kau sangat besar...kan bagus kalau kau kecik2 je. Kau kena paham, kau kena berpijak di bumi yang nyata,..Sebab apa?? Sebab aku xdek duit laaaaaa~ Waaaaa....(-_-.)! Dah la xde duit, ade hati pulak tu pegi usha "crochet dress", kan dah ter'bump' kat tempat2 laen... Hish, gatal sangat la tangan ni gataaaallll sangat.. See?? Kan hati dah tak senang.. Cheesy wedges betul lah kau nafsu! I hate u----> Ini siriyes! 

Jadi,..setelah difikir-fikir, dengan ini..Saya, Nur Amalina Mohd Zaman dengan ini akan berjimat cermat, tidak akan menghabiskan duit lagi ke arah yang kurang memberangsangkan, atau mungkin akan berpuasa untuk menyekat nafsu makan yang sangat tidak menguntungkan, untuk menyelamatkan wang untuk disalurkan ke dana-dana seperti yang tertera di bawah (err,..setakat ini.tapi kalau bertambah,maksudnya budget pun kena tambah):

1) Chadwicks Mandarin Collar Blazer
Source : Chadwicks

Ok, sila menangis air mata darah sekarang Elin.... (t______t) --> This watercolor floral motif really wow! Sangat dah lama cari baju sarung-sarung (Orang malas nak bersiap tapi nak keluar dengan rasa kurang sikit selebet sangat memang patut ada benda alah nih!) Bila dah jumpa yang bekenan tapi harga sedikit kurang berkenan, memang menuntut pengorbanan yang sangatttt tinggi....wawaaaaaaa~!

Saturday, February 5, 2011

...Bittersweet...

Dear Bloggie,
Memang susah nak jaga hati semua orang... Terutama sekali bila kehendak hati terpaksa dikorbankan..Hidup dalam komuniti memang menuntut pengorbanan yang tinggi agaknya ya? Susahnya jadi seorang manusia. Bila semua tindakan jadi perbualan dan persoalan manusia-manusia lain. 

Bila mula memikirkan tentang kehendak dan keinginan orang laen, diri sendiri pulak yang jadi mangsa... Walaupun mungkin bukan salah mereka, tapi bila keadaan memaksa, secara tak langsung menuntut satu lagi tindakan yang melibatkan semua... I guess.... 

Mula berkata pada diri sendiri : "Oh, mungkin saya yang terlalu sensitif dan cepat melatah...Mereka tak bersalah, kenapa perlu semua menjadi mangsa?My bad..." Rasa bersalah, tetapi masih tersepit dengan keadaan yang memaksa...
Suara dari sisi laen : "Tapi kalau itu yang terbaek, kalau itu yang boleh menenangkan, mengapa tidak? Enough with others, think yourself first. Be strong "

Hai~Laksana kata pujangga diluah mati emak, ditelan mati bapak... Memang bukan senang hidup dalam dunia yang penuh cabaran... Alhamdulillah, hingga saat ini, saya masih mempunyai keluarga, tempat untuk bermanja di kala duka. Masih dikelilingi teman-teman yang tak putus2 memberi kata2 semangat untuk saya jadi lebih kuat. 

Thursday, February 3, 2011

My bestfriends, my love...

Dear Bloggie,
Takde mase yang lagi seronok, best and heaven se-heaven melepak di depan lappy bersama bff, cerita-gossip-ketawa berdekah-dekah as if takde homework nak kena due esok and macam la dunia ni kami yang punya. Haha! My dear Fafa, sebab kamu...homework Bashe tak siap malam ni yeah, and yang pasti, die tak buat lagi by this time sebab die dah ngantuk and matilah ape jadi esok, die nak tido jugak. And sebab anda,...quiz Bio Science saya ade 2 ketul tu,.tak siap lagi, nak kena hantar esok yeah...Tapi sorry, I nak tido jugak...

And yeah~we miss u soooo much! Selalu berharap kamu ade same2 dengan kami kat sini so that boleh menggila selalu macam kat INTEC dulu..Oh god~really miss that old times.... We always pray u do well over there, anyway bila nak datang PennState lagi? Rindu rindu rinduuuuu~!!!

- Fafa budget tibe-tibe senyum comel -
Yesterday brought the beginning, tomorrow brings the end, and somewhere in the middle we became the best of friends ♥

P/s: Thanx 4 the parcel, seriously I was sooo surprised! Balik-balik class suddenly ade parcel depan pintu with my name on top of it. Then bukak and ade gift!!! And yes, gold is always my favorite! Omaigod,hari bertuah apekah?? Then I noticed the 'ribbon' and I know it must be U! Dah la pakai name facebook (please dont say kau lupa full name aku, tembak kang~), cehhh~baru nak feeling2 stalker hantar dari Tennessee...hahaha! Rupanya fly with love dari Purdue... Thank you dear. I love u!

Peluk cium dari PennState,
\\(^_^)//

Happy 23rd Birthday Kembang Perawan!

Dear Bloggie,
Macam bosan je nak wish fb and just 'Happy birthdayyyyyyyy!!!!'. Cliche yet so lame kan? (^_^) So, I would like to wish u, Cik Kembang Perawan....


" Happy Birthday Cik Kembang~!Semoga hari-hari yang mendatang lebih berseri, lebih berbunga, lebih berseri-seri, lebih bererti,.. Semoga Allah panjangkan usia Cik Kembang, semoga dilimpahi rezeki yang sangat banyak,.semoga cepat kawin,...semoga semua yang baik-baik dikurniakan kepada anda. Okek? Happy selalu as always u do... "

P/s: Mintak maap la cik, I pakai flash sebab tangan ai ni bawah sikit dari parkinson,..so kalau xpakai flash,.gegar2...hahaha!
Love,
('-',)
 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger