Saturday, March 5, 2011

Please wake up!

Dear Bloggie
Lately ni ade banyak cerita tak best pasal kawan2 tepi2 saya. Tiba2 ramai pulak yang bertukar status dari "In a relationship -----> Single!" Okay, sudah~Barang yang lepas jangan dikenang. Mungkin dah tak ada jodoh. Kumbang pun bukan seekor, bunga pun bukan sekuntum kan? Mungkin lepas ni mereka jumpa yang lebih baek, sape tahu kan.. Lagipun things happen for a reason. 

Tapi yang tak best tu, fasa adaptation dari berdua nak ke single tu, alahaii~ sedih saya tengok.... Ada yang menangis siang malam, datang class mata sembap. Ada yang teringaaaaaaaaat ja sampai tak boleh nak buat apa2. Ada yang tak lalu nak makan,..Ada yang tak boleh nak buat pape sebab semua bende teringat dekat dia. So nak buat macam mana ni? Kalau ikut saya lah, saya sarankan.....

  1. Buang @ hapuskan @ lupuskan SEMUA kenangan bersama. Ini termasuklah semua hadiah, wateva. Even handphone Blackberry? I'll say yes! Sebab apa kena buang jauh2 dari mata? Sebab nanti each time you tengok benda2 tu mesti, confirm punya you teringat dia. Pastu bila teringat orang, mula la teringat kenangan sama2. Pastu mula la rasa sedih. Pastu mula la rasa bodoh sebab wasting masa, air mata, & wateva more. Ok fine, mungkin buang tu kejam sangat bunyi dia. So, boleh bagi kat orang laen je. Macam teddy bear bagi la anak jiran sebelah ke....Kalau barang2 mahal tu jual je kat ebay! dapat duit saku lagi. HA HA HA~!!!
  2. Anda DILARANG sama sekali meng'contact' si dia yang dah jadi ex tu. Dalam fasa recovery ni, jangan la tiba2 kamu rasa nak contact. Itu GILA! Tapi nanti bila dah sembuh, terjumpa kat mana2, hai2 sudah ~ Xde hal la~ Nak lagi best, buang semua phone number yang boleh reach orang tu. So like takde ternampak or even terasa gatal2 gedik nak contact. Sebab nanti bila contact mula rase bengang. Lagi parah?? kalau tercontact nanti tersambung semua hubungan putus tengah jalan. Kalau reason break up tu macam salah faham fine la nak sambung balik. Tapi kalau reason break up tu orang ke-3, pastu uolls tersambung balik, alahai~itu macam lesen nak bagi terkena balik je....Tak payah laaaa~ Ramai lagi orang yang setia kat depan tu... Tapi bila jumpa be profesional la. Tak payah la nak lari2 or nak tarik muka 14 tu. Senyum sudah~ Buat apa nak bermusuh, kalau dulu pernah bercinta? Macam hape je.. Lagipun masing2 dah dewasa, dah boleh fikir pun... Kalaupun memang dia yang bersalah, takde hasilnya kamu nak tembak die dengan senapang gajah. Itu mencari masalah nama dia~
  3. Sibukkan diri dengan kawan2. Buat je macam2,jangan terjun lombong sudah la. Tapi make sure jangan sorang2. Sebab bila sorang2, anda akan tend to nak fikir yang bukan2. Kang mula la nak meleleh bagai~ And as kawan2, jangan pulak biarkan kawan yang tengah down tu sorang2. Ceriakan hati dia, ajak pegi picnic, lepak2 wateva. Lagi2 bila break up secara POM! Tiba2 meletop, hari ni  i sayang u, u sayang i, esok i dump u! Sudahhhh~~~yang ni paling parah, sebab dia masih tekejut so as kawan, bantulah kawan awak tu. Layankan aje, dengar je luahan hati die, so that die boleh release. That's what friends for....kan? Orang tengah terkejut ni boleh buat benda macam2. Bahaya nak dibiarkan sorang2. 
  4. Cari je scandal baru. Habis cerita. HA  HA HA! --> Ini paling berkesan sekali. Bukan nak menggatal ke ape, scandal in a context of teman bicara. Tak percaya? try la. Lepas tu kang mau2 sangkut sekali dengan teman bicara hang tu, kan bonus! ('-^,) Kadang2 kita ni permata depan mata tak nampak, sebab sibuk mengejar kaca. Bila kaca dah pecah terluka kena tangan, bila dah sakit baru perasan, "eh, ada permata tepi kita" .
Well, hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah. Bila mendung menjelma & hujan bertimpa2,jangan sesekali menyalahkan takdir. Kerana setiap yang berlaku itu berhikmah. Waima lepas hujan pun diberikan pelangi yang indah... Allah tu maha adil. Allah tahu yang terbaek, and percayalah setiap yang berlaku ada hikmah. Akan ada seseorang yang lebih baek untuk kamu, lebih 'masuk' dengan kamu, yang menunggu die depan sana tu. So, tunggu apa lagi? Let's move on~!Setiap dari kita ni kan diciptakan berpasang-pasangan. Insyaallah ada jodoh nanti, ada lah kan? Lelaki yang baek, untuk perempuan yang baik. Berdoalah semoga mendapat pengganti yang lebih baik. Jangan jadikan pengalaman lepas sebagai medium untuk kamu menilai yang semua lelaki@perempuan di muka bumi ni semuanya sama. So masa ni lah nak pakai phrase, "rambut sama hitam, hati laen2" . Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk awak lebih berhati2. Nanti, satu hari di masa depan, bila kisah2 lalu melintas dalam kepala (since kita tak hilang ingatan, so mungkin ada possibility akan teringat), mesti awak akan senyummm dan berterima kasih kepada pengalaman =) 

Hidup ini untuk dinikmati,
('-',)
 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger