Monday, March 7, 2011

Pria Pekak & Dara Buta

Dear Bloggie,
Sedang melepak di library sambil tunggu customer amik order dah menjadi lumrah sejak sebulan yang lepas.  [Oh ya, lupa nak cerita sekarang saya sedang belajar ber'food bisnes' secara kecil-kecilan di kalangan kawan2 PennState. Esok lusa saya cerita ya! =) ] Sedang leka berbual dan bersoal jawab, dan sedikit menyibuk akan perkembangan rakan2 yang laen, tiba2 saya diajukan pertanyaan : "Tak takut ke bf jauh di mata? Dah bekerjaya, duduk di Subang & a so-called-single man,gf pun xde depan mata, boleh jadi 'hot stuff' babe~ awek Subang hot2. Mau2 datang terus duduk kat peha dia...habis lah kau~Kau tak risau ke? Kau percaya?  " --> Suara adik2 lelaki nakal nak mengusik. 

Reaksi saya? Cuma tersenyum sambil berkata, "Kalau ada jodoh, ada la~" . Bagi saya kunci dia senang ja. Percaya. Tapi redha kena ada. Kita pun tak tahu masa depan jadi apa. Kalau dah tertulis dia bukan jodoh kita, buat macam mana pun tak lekat,..tapi kalau dah memang itu yang tertulis oleh-Nya, di hujung jalan insyaallah jadi jugak.... 


Tapi one thing yang saya perasan, hubungan cinta yang kurang halangan adalah cinta antara lelaki pekak dan perempuan buta. Wanita seorang yg high sensitivity. Sudah lumrah seorang wanita suka mengambil tahu perihal pasanan, suka bercakap dan meluahkan isi hatinya. Termasuklah ketika happy atau sakit hati. Jadi si lelaki seharusnya faham & tidak mengambil hati. Lelaki biasanya sangat cool & sometimes cold, kurang peka @ low sensitivity. Kebanyakan lelaki berfikir, hampir setiap benda tiada masalah. So time ni lah jadi masalah. 

Sebagai contoh, si bf bergambar mesra dengan rakan wanita. Pada si lelaki, "Tak de hal lah~gambar je pun,...dalam hati tetap si dia" . Tapi si gf berfikir sebaliknya, "Eh sape ni? komaen mesra aihhh~~~~" Mula cemburu & jadi masalah. Bila hal ini dibangkitkan oleh si wanita yang suka bercakap, si lelaki yang sepatutnya memekakkan telinga,tetap tak mahu beralah, nak jugak cakappp~ So, pang-pung-pang-pung dah jadi gaduh besar. Walhal tak sepatutnya jadi isu pun. Setiap benda boleh dibincangkan, & cuba cari jalan penyelesaian. Kalau si perempuan tengah membebel, si lelaki layankan je.. agree je dengan apa yang die cakap kalau itu yg dapat senyapkan dia.  Tak boleh masing2 nak melawan cakap, it won't work. Bila sorang panas, sorang kena sejuk...Bila yang panas dah cool down, baru slow talk. Kalau lelaki yang memang mesra pulak, si perempuan jangan la nak cepat melatah. Kalau nampak gambar macam2,or laki tu tiba2 senyum manis, anggap je la laki kau tu bersedekah senyum or ape2 je lah. Butakan je mata tu. So tak de la jadi benda. 

Perempuan memang biasa akan fikir yang bukan2. Saya pun tak terkecuali. Lagi2 bila dah jauh, mula la nak fikir macam2. Tapi, bila terlintas kat hati, cepat2 la tepis. Tak payah la pulak nak korek dalam2, bukak emel si lelaki, bukak facebook bagai nak cari bukti ke hape ke... Jangan terlalu nak tahu,kang sat gi hangpa gak yang sakit hati. Kang jumpa pulak macam2 hal, new discoveries hah sudahhhhh~jadi masalah baru. Kang fikir lagi bukan2. Masalah pun jadi makin besar. Sebenarnya tak perlu nak amik tahu sangat. Kalau diberitahu, yes boleh dengar..Tapi kalau tak diberitahu, anggap je la diorang nak kan privacy or mungkin belum sampai masanya anda perlu tahu. So, mungkin masalah dapat dielakkan. Always think positive. Tapi jangan pulak jadi sengal, kalau dah sah2 memang something wrong is going on, jangan la guna konsep nih. Haruslah salahh~! Hahaha (^_^)

Manusia ni kalau makin dihalang, makin nak dibuat. So, tak perlulah tetapkan syarat bukan2 sampai nak restrict apa yang pasangan anda nak buat. Like tak boleh ambil gambar sebelah perempuan, tak  boleh pegi vacation yang ada perempuan, tak boleh cakap dengan perempuan, tak boleh mesej@call perempuan, tak boleh study dengan perempuan, etc etc etc. I am a woman, but if I were a man, dapat lagi gf macam ni, sorry to say, "Bye bye".

Fikir je la, kita/saya/anda belum lagi jadi bini, so secara logiknya tak de hak pun nak halang apa2. So,agak2 la kalau nak restrict pasangan anda. Tak perlu nak buat sampai mereka rasa terkongkong. Kang hal kecik jadi besar. Try develop ur trust. Mereka pun ada life mereka sendiri. Kesian la kat pasangan tu terkongkong nak buat apa2 pun takut gf/bf marah. Kesiaaaannnn diorang~ Kang nanti kalau korang dah kawen, nak ikat dia tak bagi keluar umah ka, sila lahhh~ahah!

Kadang2 memang perlu jadi pekak&buta,
('-^,)
 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger