Saturday, January 15, 2011

Puding Roti Yumm Yumm~

Dear Bloggie,
Here it comes Saturday~(^_^) Sabtu blues + winter blues = blues mode. Penat semalam xhilang lagi. Semalam ade conference (launching) dengan BiotechCorp and Deputy Prime Minister kat Four Season Hotel, Washington DC. Pasal MyBEST (Malaysian Biotechnology Entrepreneurship Special Training) programme. Oh yea, pagi ni dikejutkan dengan mesej kawan.."Oi, masuk tv muke nak tersipu-sipu je. Hik3" -->Ceitt~masuk tv ke?? Cehh~kalau tahu nak masuk boleh buat kelip-kelip mate. Ok, sangat jakun.daaaahh~! HA HA HA~! malunye.... tah ape ekspresi la yg saya buat. Aduh....(@_@)!Okay itu nanti kite cerita esok2 la eh....

Nak boost my mood pagi ni. Nak share recipe la. Malam tadi chat dengan kawan, pastu die tengah makan apam balik. Pastu tibe2 saya teringin.... Tapi saye nak orang buat untuk saye,sape nak buatkan?hehehe! Ade feeling extra sikit bila makan org buatkan =) Tapi lagi sedap kalau orang belikan sebab tinggal makan xpayah bayar, feeling die sangat heaven okay i tell u. hahaha! Hari ni kite share puding roti la eh sebab hari tu saya buat puding roti untuk kawan-kawan saya. Boleh makan sambil lepak tengok movie malam2. Kalau ade kudap-kudap macam ni kan lagi fun nak tengok tv....Baru la syok sambil watch, sambil ngap-ngap-ngap~! (Motip : Sangat syok membelOnkan diri )

Puding Roti

  • Roti+butter
  • Susu segar @ santan 
  • 3 biji telur
  • esen vanilla
  • 1 cup gula
  • *1 sudu tepung kastard


  1. Sapu roti dengan butter. Potong roti sesuka hati, masukkan ke dalam loyang yg telah disapu butter jugak untuk mengelakkan lekitan dan lekatan yang terlampau.  So,sukatan ikut keperluan..(^_^)
  2. Panaskan susu @ santan  atas api sederhana. Sukatan? Hurm, eh saya ni buat kueh maen agak2 je xde sukat2..Hohoho! Ok perumpamaan die macam ni. U agak-agak susu or santan tu cukup untuk banjirkan sume roti dalam loyang tu, so kire cukup lah tu. For instance, if I pakai round pan for cake tu untuk loyang dia, so I agak2 dalam satu periuk kecik santan ok la =) Boleh tambah air, untuk make up the volume of santan or susu tu kalau awak perlukan lebih. 
  3. Combine telur dengan gula, pukul sampai kembang! Pastu tuang dalam susu yang tengah dipanaskan atas api tu,..kacau-kacau-kacau lagi biar sebati~
  4. Tambah esen vanila skit,.1sdu kecik ke,.untuk hilangkan hanyir telur.
  5. *Optional = Kalau ade tepung kartard, masukkan tepung kastard sesudu. 
  6. Campuran yang tengah dipanaskan tu, JANGAN panaskan sampai boil. Lagi-lagi kalau pakai santan, nanti pecah minyak pulak. Sebab tu kena pakai api kecik je, sabar yeee..jangan gelojoh, nanti hasilnya kurang indah (^-^,) Panaskan sume bende2 tu sampai agak2 suam-suam-kuku-malu, pastu matikan api.
  7. Tuangkan kat roti yg dah campak2 dalam pan tu.
  8. Dab dab, poke poke sikit bia padat,bia meresap santan/susu tu kat roti.
  9. Biarkan dalam ~15 minit ke,..10 minit ke,.sampai roti kembang.
  10. Masukkan oven!
  11. Bakar sampai kuning keemasan. Or kalau tengok side loyang tu macam dah xmelekat, kind of shrink puding tu, so dah siap. Kalau xpuas ati jugak, nak test lagi tahap kemasakan puding roti anda, cucuk la garfu kat atas tu. Preferably kat tengah. Kalau dah xmelekat, tahniah~dah masak dah ^_^.



Kat atas ni, lebih puding roti yang dah dipotong. Haritu xsempat nak amik gamba puding dalam loyang sebab dah kena bawak lari dengan si pencuri-lapar. Tu pun nasib baek sempat snap ni. Puding roti ni sangat senang nak buat sebab xpakai banyak benda. Kadang-kadang ade roti lebih, expiration date pun dah dekat. So buat la puding sedap sket makan. Ade orang xsuke sangat makan roti, tapi bila dibuat kueh, cepat je habisnye =)

Saya makan macam tu je. Ade orang suka makan dengan Sos Kastard. Nak buat boleh je. Sebab bahan die same dengan yang kat atas tu. Awak pakai susu+gula+telur 1+tepung kastard. Campurkan,..kacau pelan-pelan atas api kecik sampai pekat. Pastu boleh simbah atas puding. Dah siap~! Senang kan? Selamat mencuba resepi pondok-pondok! 


*Bila pakai tepung kastard, kena sentiasa kacau. Kalau x, kang berketul2 xeven... Once masukkan kastard, nanti color die tuka dari putih-->kuning! jangan terkejut. Tu standard. Makin lame makin pekat. So, jangan pulak lepas masukkan sesudu, pastu macam xpekat, pastu masuk banyak2 terus.. nanti disaster pulak jadinye. Hihihi!

Orang kuat makan,
('-^,)
 
Copyright©Nur Amalina Mohd Zaman. All Rights Reserved. Powered by Blogger