Saya beranggapan, semua orang tidak kira lelaki mahupun perempuan mengimpikan kehidupan yang sempurna. Well~semua orang berhak mempunyai impian masing2 kan? Begitu juga saya.. Saya seorang wanita..Bakal menginjak usia 23 tahun dalam mase 2 bulan dari sekarang...Biarpun tidak bermewah-mewah, saya mengimpikan kehidupan yang selesa. Di satu sisi lain, secara umum, kecantikan luaran (fizikal) sudah pasti menjadi perhatian manusia di luar sana...kata-kata pujangga mengatakan "Dont judge a book by its cover" tetapi saya pasti,.jika diikutkan logik minda dan akal yang waras, people DO judge a book by its cover...jadi bersediakah kita berhadapan dengan dunia yang memandang rupa <bukan hanya physical appearance semata2, termasuk kekemasan, kesopanan, perawakan, tingkah laku, percakapan, mahupun peradaban> sebagai aset pertama untuk ke langkah yang seterusnya? Tidak bukan?..Tetapi, manusia seringkali terlupa bahawa kecantikan sebenar adalah kecantikan dalaman yang seterusnya akan terpancar melengkapkan kecantikan yang sedia ada...
Saya bercakap sekaligus meluahkan rasa, juga sebagai peringatan untuk diri saya sendiri... Sejujurnya, saya rasa sangat sedih melihat keadaan segelintir wanita zaman ini. Sangat mudah terleka dah 'terjatuh' dengan mainan duniawi,juga ayat-ayat manis lelaki berhidung belang tanpa sedar akan bahana yang menanti... Seronok berpeleseran di malam hari tanpa memikirkan tindakan itu memakan diri.... Tidakkah anda sedar wahai wanita-wanita, diri kamu sangat berharga untuk diberi sewenang-wenangnya sesuka hati free-free? Owh,.saya sedih sekali bila balik musim panas tahun ni, gejala membuang bayi semakin berleluasa... Menampakkan sisi zina yang semakin membimbangkan. Saya sedih, dan saya risau... Juga untuk peringatan kepada diri sendiri, minta dijauhi....
Wanita dijadikan dari tulang rusuk Adam yang bengkok,... Bukan dari kepala untuk mengatasi. Bukan dari kaki untuk mengalasi. Tetapi, dari sisi... dekat pada lengan untuk dilindungi dan dekat di hati untuk dicintai. Secara zahirnya, perlukan cara yang begitu lembut untuk meluruskan rusuk yang bengkok, terlalu kasar akan patah,...waima terlalu lembut, akan terus membengkok...
Wahai lelaki-lelaki, anda dijadikan untuk meluruskan wanita,kaum yang lemah....bukan mengambil kesempatan terhadap kekurangan dah kejahilan diri... Untuk wanita, jangan biarkan diri dieksploitasi sesuka hati laksana tiada harga diri. Harga diri kamu terlalu tinggi. Sematkan dalam hati, hidup yang singkat ini terlalu indah untuk dinikmati..Jangan dicemari dengan tindakan yang bakal memakan diri.. Sayangi diri kamu kerana permata yang hilang xakan dapat diganti lagi. Ingat, terlalu ramai yang sayangkan kamu. Kerana itu juga saya selitkan mesej ini..Untuk ingatan dan renungan bersama..kerana saya juga seorang wanita.
Video ni, pertama kali sy lihat sewaktu menghadiri motivasi bersama pelajar UIA, 2003, di ATPN..1st time 'disajikan' dengan video ini, saya terpempan dan...terdetik di dalam hati akan kekurangan diri, sekaligus minta dijauhi. Seringkali saya putarkan video ini sebagai muhasabah diri dan peringatan. Berpijak di bumi yang nyata, tidak dapat menandingi wanita-wanita terpuji,.tetapi jauh di sudut hati, saya berharap semoga suatu hari nanti jika diizinkan, saya dapat membuat dan menjadi yang terbaik untuk lelaki yang bernama suami...Berdoa semoga dikurniakan sang suami mithali untuk membimbing diri ke arah yang diredhai Illahi.... Insyaallah.
Ratuku....
Ingin ku luahkan apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas lagi bernafsu serakah
Ratuku...
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila ku dengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu walau tanpa relamu
Ratuku...
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila ku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya
Ratuku...
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh
Ratuku...
Bukanlah ku harap kau segigih Siti Hawa <read : Siti Hajar actually>
Yang berlari-lari antara Safa dan Marwa
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah, menanti kekasih di pintu syurga
Ratuku...
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
Engkau bukan 'Aisyah bukan juga Rabiatul Adawiyah, wanita suci terpuji
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi sehingga harumannya melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku...
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar
Tapi itu hanya ujian buatmu...
Ratuku...
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang ku harapkan ketika itu
Kau jaga kelopakmu itu
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jagan biarkan gagak-gagak hitam itu merosakkan serimu
Kerana...kau ratu idaman kalbu
Ratuku...
Aku bukanlah memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya
Tapi bukan itu yang kuharapkan
Aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan yang bisa membuat ku tersenyum lega
Kerana akan ku temui ratu yang benar-benar ratu...
Saya juga wanita,
('-',)